Saturday 16 July 2011

SK Paya Mak Insun Johan Bola Sepak Bawah 11Peringkat MSSD Pendang

Pada 12 Julai yang lalu satu pertandingan Bola Sepak Bawah 11 Peringkat MSSD Daerah Pendang.Pertandingan disertai oleh 24 buah sekolah daerah pendang.Pertandingan dimenangi oleh SK Paya Mak Insun sementara Naib Johan dimenangi oleh SK Padang Durian.Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah daerah Pendang.





Johan Bola Sepak

Johan Dan Naib Johan

Jaringan Kemenangan

Friday 8 July 2011

Sambutan Hari Guru 2011 SK Paya Mak Insun ,Pendang

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR di Kolam MADA


                                                          

Kata - Kata Hikmah

"Guru ideal adalah mereka yang menggunakan diri mereka sebagai jambatan dimana mereka mengundang siswa mereka untuk menyeberang, kemudian setelah mereka memfasilitasi penyeberangan, sukacita runtuh, mendorong mereka untuk membuat jambatan mereka sendiri

Monday 13 June 2011

Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah

http://eprints.uthm.edu.my/445/1/Zurina_Yasak_%28Dekan2010%29.pdf

Pembelajaran menggunakan teknologi sering dibahaskan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Penggunaannya di dalam kelas adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui kekerapan, kelemahan dan impak penggunaan teknologi di dalam kelas bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif yang mana instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik, log penggunaan CD dan borang pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru. Seramai 148 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sains daripada 18 buah sekolah rendah Zon Johor Jaya Daerah Pasir Gudang diambil. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kekerapan penggunaan teknologi masih di tahap sederhana manakala beberapa kelemahanan atau kekangan dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Keputusan kajian ini boleh digunakan untuk dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain.